Saja Share.. :D


SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA
Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.
Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.
Impian Ain Hawani untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.
Memilukan hati Ain Hawani adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.
Apa yang akan terjadi seterusnya?

Barisan para pelakon drama adam dan hawa astro ialah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid.
Saksikan drama adam dan hawa setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD).



ehem ehem.. bka2 ja trus bca sinopsis adam hawa an.. hehe.. eton sja nk share cta ni wlaupn eton tau dh rmai yg dh tau an.. :) eton pnah bca nvel adam hawa ni.. nvel tu pn ada lgi.. tpi kt umah la.. xbwk mai hostel.. peace.. :) emm.. jln cta dlm nvel ngan drama ni adala dlm 85 - 90 percent sma.. xspnuhnya la.. tpi mcm mna pn dua2 best.. ada keunikan dya sndiri.. ^^ eton tgk cta ni online.. xtgk kt tv.. ye la.. kt sni na ada tv.. klo ada pn kt blik tv ngan cafe ja.. ada pn mcm xda jgk sbb chanel yg tygkn cta ni xda.. so.. apa leh wt.. memndgkn speed bb aka broadband eton laju.. almaklumlh bru byr an.. eton tgk la cta tu online.. nk tau eton tgk kt na? kt SINI :).. xrugi tau tgk cta ni.. sweeeeetttttt sgt3.. tmbh2 spa minat Aaron Aziz.. lgi sweettt.. hehe.. tpi kn.... 80 episod tu... atoyaii.. sbo je lah kn.. :D ok lah.. tu ja yg eton nk share sbnrnya.. klo tringin nk tgk, klik la kt link tu kn.. slmt mnghayati.. :)

pssttt.. agk2 an.. ada xlelaki yg sweeetttttt n setia mcm adam tu kt dunia realiti ni? klo ada kn best.. ;)

Comments

Popular posts from this blog

Gedik-gedik Eton :P

iNteResT aNd HobBY taLk.. ;)

Larian KAKOM = Jalan2 KAKOM.. :P